Wednesday, July 6, 2011

Accident.

Atas permintaan ramai blog ini akan diupdate setiap hari. Tapi sebelum permintaan ini dapat dilaksanakan, pihak Bersih telah menyerahkan memorandum kepada aku untuk tidak update setiap hari. Diorang siap berarak lagi, daripada KL ke rumah aku. Aku pun perkenankan memorandum dorang.

Susah betul nak buat pendahuluan dalam Bahasa Melayu.

Herm.

Okay. Aku tak dapat pikir pasal accident yang aku alami. Maybe sebab dah terlalu banyak yang aku alami. Jadi terus aku tak ingat. Bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa. Chewaahh. Pandai-pandai laa korang cari kaitan peribahasa tersebut dengan ayat perenggan ni.

Aku tak tahu whether ini bley diklasfikasikan as accident atau tak. Masa aku darjah 4 kot. Marilah kita anggap aku darjah 4 masa tu. Lagipon ni blog aku kan. Suka hati aku laa aku nak tipu korang macam mana.

Aku masa tu tengah lepak dengan kawan-kawan aku kat bawah pokok dekat dengan tadika di mana masa kecik aku buat kereta dengan menggabungkan meja. Seperti biasa, kita orang lepak sambil berbincang tentang masalah hal dewasa tak mampu nak handle. Seperti cara nak pasang Beyblade. Atau tentukan lokasi bermain Tamiya.

Tiba-tiba, ada sorang budak ni mari. Budak ni memang tidak diminati oleh semua lapisan masyarakat mahupun kek lapis. Mari kita berikan dia nama Lokman, sebab mak bapak dia memang dah berikan nama dia macam tu. Entah macam mana, tiba-tiba kita orang start ejek dia. Maybe sebab kita orang memang tak matang lagi kot masa tu. I/C pon tak buat lagi.

Kalau kena ejek mesti laa korang rasa bengang kan. Oleh kerana Lokman atau nama popularnya L bengang, dia pegi ambil bag aku pasti dia pegi letak dalam longkang. Dalam banyak-banyak bag kat situ bag aku jugak dia ambil. Dia ingatkan bag orang lain.

Aku tak tahu sama ada nak bersorak gembira atau pun bersedih. Sebab cikgu ada bagi kerja sekolah. At least boleh jugak gunakan alasan lain. Asyik beri alasan tertinggal kat rumah je.

Oleh kerana malas nak menulis dah, aku tamatkan kat situ je laa cerita ini. Sebelum meninggalkan korang semua, and yes. Aku sedar ayat ini agak gay. Aku tinggalkan sekerat pantun.



Cancel laa. Chihuahua dulu. >:(