Monday, August 29, 2011

Life.

There are several moments in my life that I wish I could go back in time to correct it. But if not for those moments in life, I wouldn't be here.

Because of those moments, where I always felt that there's no hope.

I meet hope.

Taqqabballahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 










Wednesday, July 6, 2011

Accident.

Atas permintaan ramai blog ini akan diupdate setiap hari. Tapi sebelum permintaan ini dapat dilaksanakan, pihak Bersih telah menyerahkan memorandum kepada aku untuk tidak update setiap hari. Diorang siap berarak lagi, daripada KL ke rumah aku. Aku pun perkenankan memorandum dorang.

Susah betul nak buat pendahuluan dalam Bahasa Melayu.

Herm.

Okay. Aku tak dapat pikir pasal accident yang aku alami. Maybe sebab dah terlalu banyak yang aku alami. Jadi terus aku tak ingat. Bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa. Chewaahh. Pandai-pandai laa korang cari kaitan peribahasa tersebut dengan ayat perenggan ni.

Aku tak tahu whether ini bley diklasfikasikan as accident atau tak. Masa aku darjah 4 kot. Marilah kita anggap aku darjah 4 masa tu. Lagipon ni blog aku kan. Suka hati aku laa aku nak tipu korang macam mana.

Aku masa tu tengah lepak dengan kawan-kawan aku kat bawah pokok dekat dengan tadika di mana masa kecik aku buat kereta dengan menggabungkan meja. Seperti biasa, kita orang lepak sambil berbincang tentang masalah hal dewasa tak mampu nak handle. Seperti cara nak pasang Beyblade. Atau tentukan lokasi bermain Tamiya.

Tiba-tiba, ada sorang budak ni mari. Budak ni memang tidak diminati oleh semua lapisan masyarakat mahupun kek lapis. Mari kita berikan dia nama Lokman, sebab mak bapak dia memang dah berikan nama dia macam tu. Entah macam mana, tiba-tiba kita orang start ejek dia. Maybe sebab kita orang memang tak matang lagi kot masa tu. I/C pon tak buat lagi.

Kalau kena ejek mesti laa korang rasa bengang kan. Oleh kerana Lokman atau nama popularnya L bengang, dia pegi ambil bag aku pasti dia pegi letak dalam longkang. Dalam banyak-banyak bag kat situ bag aku jugak dia ambil. Dia ingatkan bag orang lain.

Aku tak tahu sama ada nak bersorak gembira atau pun bersedih. Sebab cikgu ada bagi kerja sekolah. At least boleh jugak gunakan alasan lain. Asyik beri alasan tertinggal kat rumah je.

Oleh kerana malas nak menulis dah, aku tamatkan kat situ je laa cerita ini. Sebelum meninggalkan korang semua, and yes. Aku sedar ayat ini agak gay. Aku tinggalkan sekerat pantun.



Cancel laa. Chihuahua dulu. >:(

Saturday, May 14, 2011

Bosang.

Yup. Macam tu lah orang Terengganu cakap bosan. Bosang. Aku bosang.

Aku bosang makang ikang dengang spoong.

Apparently, kawan-kawan aku tak puas hati aku cakap luar. Aku bukan tak nak cakap Terengganu tapi aku tak pandai dan kalau aku cakap Terengganu memang kompem diorang lagi tak puas hati. Memusnahkan bahasa je. Oleh sebab tu, tahun ni aku pendiam.

Haha. Tidak. Korang bukan tengah kena tipu. Memang aku pendiam. Sikit.

Oleh kerana aku bosan, aku main-main dengan kucing aku. Dia ajak aku main masak-masak tapi aku tau tu untuk kepentingan dia je. Dah lah suruh aku masak steak. So, kitorang lawan Dota tapi aku kalah. Aku pasal Dota ni memang agak noob bak kata fanatic Dota yang lain. Mana taknya, baru 2 saat dah mati.

Kucing aku ni pulak boleh diklasifikasikan sebagai hardcore Dota. Dia pernah menang pertandingan berlari dalam guni peringkat tadika walaupun aku tahu tak ada kena mengena and yes. Dia pernah masuk tadika, tapi kena buang atas sebab tidak boleh dicakap kat sini. Mungkin boleh masuk ISA. Oleh sebab tu, aku kalah tipis. Dalam 3 saat.

Muka kucing aku riak ya amat. Ada laa jugak nak bagi penampar sikit je. Tapi oleh kerana mengamalkan sifat sportsmanship dan tak nak dilabel sebagai sore loser, aku bagi dia penumbuk je. Tu pun sebab dia tumbuk aku dulu.

Oleh kerana tak puas hati dengan kekalahan aku tu, aku ajak dia main takraw.

Ya.

Kucing memang dicipta bukan untuk main takraw. Muka aku pulak riak ya amat. Bapak peliknya tengok kucing aku main takraw. Lagi pelik dari tu, tengok manusia dengan kucing main takraw. Siap ada penyokong lagi yang terdiri daripada peminat blog ni. Terima kasih kakakku, Amira ! Tahu tengah baca.

Haha.

Oleh kerana dah ketandusan idea, kitorang pun main mati-mati. Bukan main mati-mati tapi main mati-mati. Kucing aku hebat gila main mati-mati. Tadi aku tembak dia dengan Baretta 92 buatan Italy. Semi-automatic sebab kalau fully-automatic aku mungkin akan kena tangkap dengan polis.

Sampai sekarang masih pura-pura mati lagi.

Patutkah aku risau?

Tak patut. Tak patut.

Okey.

Aku dah bosan menaip dan berfikir. Chihuahua dulu.

Thursday, April 7, 2011

Kan.

Kan bagus ...


Kalau aku ingat apa yang aku nak tulis. Mungkin apa yang aku tulis tu akan membantu orang-orang di Jepun yang menggunakan Google Translate untuk translate terjemah blog aku.

Mungkin dapat membantu Gaddafi sedar yang dia sepatutnya berhenti bunuh orang dan tentera asing yang kononnya nak membantu Libya.

Mungkin jugak post yang aku lupa ni dapat membantu aku dapat followers yang banyak walaupun aku tak paham function follow-me-mollow ni.

Jom jadi serius kejap.

Sekarang ni  sea level kadar air laut? semakin tinggi kan. Apa kata kita kalau kita tukar air laut yang masin tu ke air laut yang boleh diminum. Macam apa yang dilakukan dekat Asia Barat sekarang ni. Dia orang mungkin guna heat untuk panaskan air tu jadi steam stim wap air pastu dapat laa kita minum kan. Apabila jadi wap, mesti laa ada tekanan kan. Jadi, gunakan laa tekanan tu untuk hasilkan tenaga elektrik.

Kos mungkin tinggi tapi baik cuba buat kajian daripada buat loji nuklear yang walaupun banyak kebaikan tapi keburukan dia bapak laa dahsyat.

Di samping dapat kurangkan air laut yang semakin tinggi, dapat hasilkan energy dan dapat jugak hasilkan air yang boleh diminum. Aku tak tau sama adadekat ke jauh ea? mende ni boleh dibuat atau tidak.

Bersambung kepada benda yang aku nak cakap tadi.

Herm.

Aku nak cakap apa ek?

Aku tak ada idea nak tulis apa sebenarnya. Kalau ada idea banyak dan best kakak aku yang tengah baca blog ni mesti dengki pulak. Jadi, daripada aku memutuskan silaturrahim di antara kakak aku dan adik dia yang memang sudah terjalin semenjak kecil lagi mungkin kerana aku ni memang hensem. Aku tamatkan dengan nyanyian yang kalau korang jadi jiran aku mesti korang dengki punya.




Senyum itu sedekah, jadi jangan senyum kat orang kaya.

Tuesday, March 15, 2011

Sandakan.

 

~ Kuantan Kuantan Kuantan ~

Saturday, March 5, 2011

Last Minute.

" Adoyai, Adoyai, Adoyai. "

" Apsal cakap adoyai ni ? "

" Apocot ! Suara sape tu ? Tak merdu langsung. "

" Kutuk laa sebanyak mana pun. Sebab aku ni suara dalam otak kau. Kau kutuk aku maksudnya kau kutuk diri sendiri. "

" Owh. Okey ... "
" Erm. Kita nak buat apa sekarang? "

" Cuba kau story kat aku sikit apa pasal kau cakap adoyai ni. "

" Kau bukan dalam otak aku ke. Mesti laa kau tau kan. Tak kan tak tau kot. "

" Sekarang ni, pembaca blog kau yang tak ade life ni nak tau jugak. Kalu kau nak suruh aku story, baik aku buat blog sendiri. "

" Kau bukan sebahagian dari aku ke ? "

" CERITA JE LAA ! "

" Okey Okey Okey. Garang gila otak aku. Meh aku nak story sikit. "

__________________________________________________________________________________

Pada satu pagi yang agak bergaya, aku dipanggil cikgu untuk berjumpa dengan dia. Kita berjumpa di bawah sinaran lampu jalan diselebungi dengan kabus pagi. Dia memakai coat dan topi hitam. Oleh kerana untuk menghayati perjumpaan tu. Aku pakai coat kelabu dengan smoking pipe*dalam bahasa melayu ape ek? di mulut.

" Yo Cikgu ! "

" Shhh ... Jangan bising. Mari rapat sikit. "

" Ye Cikgu. Cikgu nak beritau ape ? "

" Awak telah ditugaskan untuk mengedit title majalah sekolah. Sila siap dan hantar secepat mungkin, okay. "

" Okay, ade gaji tak? "

" Nah. Ambik ni dulu. Nanti cikgu bagi satu lagi. "

" Ni stoking. Ape pasal bagi sebelah je stoking. "

" Cikgu terpaksa chihuahua dulu. "

Tiba-tiba Cikgu keluarkan benda bentuk silinder dan lempar ke jalan. Aku tutup muka aku dengan tangan sebab nampak macam flash bang tapi buat penat je sebab tak jadi mende-mende pon. Pastu aku pun cari Cikgu aku.

Dia tengah berlari laju-laju tanpa pandang belakang. Sama ada dia ingat dia nampak cool sebab ingatkan aku tak nampak dia hilang atau dia lari sebab dia malu tak jadi nak buat cool.

Aku lepas tu cabut pakaian aku tu dan pakai uniform sekolah balik.

__________________________________________________________________________________

" So apa problemnya. "

" Problemnya. Aku kena hantar esok. "


" So. Apa kata kau tutup blog ni pastu pergi siapkan. Hebat tak otak kau ni. "

" Agak hebat laa. "


" So. Tunggu apa lagi. "


" Jap. Aku nak letak yang aku dah siap. "





p/s aku sengaja buat T tu bertanduk sbb sekolah aku banyak manusia bertanduk. haha. burukkan. T_t

Thursday, February 24, 2011

HAHA.

"Yes ! Mendung."

Ada beberapa budak lain pandang pelik kat aku. Mungkin sebab tak pasal-pasal aku jerit mendung. Atau mungkin sebab dia orang tak tau yang aku agak sarcastic sebab panas gila. Aku pun berlari-lari keluar dari pagar sekolah sambil mengelak semua basikal dan kereta sebab aku nak pergi beli air secepat mungkin kat gerai depan Tabika Abim tu.

Sampai je kat gerai tu, aku terus menjerit-jerit nak air Coca-Cola. Mak cik tu nampak agak bengang sebab mak cik tu memang sentiasa nampak bengang. Selepas aku dapat dan bayar untuk air tu, aku isi bahan istimewa dalam air tu.

Haha.

Bahan yang istimewa tu tak lain tak bukan adalah susu sejat penuh berkrim yang halal di sisi agama. Aku pun tak tau siapa yang start letak benda tu dalam air Coca-Cola tapi memang sedap. Setiap hari save 50 sen semata-mata nak beli air tu. Ada laa jugak try letak susu sejat tu kat air lain tapi kurang best.

Lepas dah beli air tu, aku pergi ke tangga belakang Tadika Abim. Kat situ port geng-geng aku melepak. Habis semua isu kita orang kupas kat situ. Dari harga minyak hinggalah pasal budak kena smack down dgn cikgu. Semua orang luahkan perasaan kat situ. Ada jugak yang buat cerita karut pasal dulu sekolah SKBS ni hospital orang Jepun. Kuantan pernah kena jajah dengan Jepun ke?

Kadang-kadang aku lepak dengan sorang je kawan aku. Sambil baring bawah pokok pastu cakap pasal nak bina robot atau berdebat kenapa praying mantis dipanggil praying mantis.

Haha.

Dah habis lepak kat situ, aku berhijrah pulak ke rumah sorang lagi kawan aku. Kat situ kita menguji kecekapan psychomotor kita orang dengan main PS One. Selalunya aku tak main sebab aku tak suka tengok orang lelaki pakai spender peluk orang lelaki pakai spender. Tak ada manfaat langsung.

Dah petang baru tahu nak balik. Habis selesaikan semua benda kat rumah. Mandi. Kerja sekolah. Pakai baju. Pastu keluar pergi padang.

Aku berjalan ke padang dengan berhati-hati sebab kawasan perumahan ni memang agak terkenal dengan anjing yang memang anjing. Batu kat tangan tu memang wajib ada. Sampai aku siap buat collection lagi kat rumah.

Dah sampai kat padang, aku pun main laa bola. Takkan pergi padang nak buat kerja sekolah kan? Kat rumah pun tak buat, ni mengada-ngada nak buat kat padang. Kat sana, habis semua skill aku tunjuk. Daripada skill sepak bola tak kena hinggalah main bola keranjang. Aku ni sampai digelar 'Pennant' oleh budak-budak yang main bola. Aku tahu kenapa tapi aku tak nak cerita. Kat padang tu jugak ada banyak kenangan yang manis dan masam. (masam ea?)

That's all for now. Aku tulis cerita ni pun sebab tadi terdengar lagu Westlife. Tiba-tiba teringat pasal Kuantan. And aku dengar Westlife bukan sebab aku gay ye !

Wokeyp. Chihuahua dulu.

Friday, January 7, 2011

Lubang Hidung.

Entry kali ni bukan untuk mengenakan sape-sape, sama ada yang masih hidup atau yang masih meninggal dunia. Tapi aku ada banyak persoalan mengenai kehidupan kita.

Antara yang paling pelik adalah pasal lubang hidung. Aku selalu tertanya-tanya. Kalau orang yang lubang hidung dia dah besar. Boleh tak dia besarkan lubang hidung dia lagi ? Bukan dengan pergi buat plastic surgery. Bapak tak masuk akalnya orang nak besarkan lubang hidung dia lagi. Tapi macam aku tengah buat sekarang ni. Dengan menggunakan otak.

Kalau diorang tak boleh besarkan. Maksudnya diorang OKU ke ? Ke memang lubang hidung diorang dah mencapai limit. Herm ..

Tapi persoalan yang paling mantap bergaya adalah pasal speech ketua pengawas masa kitorang pergi camp pengawas. *ya. aku dulu pegang jawatan pengawas. nerd right ?

"Jika kita tidak buat apa yang kita patut buat, kita akan buat apa yang kita tak patut buat."

Jangan risau. Korang normal sebab aku pun tak paham. And yes ! Aku normal. Masa dia bagi ucapan tu, semua orang yang diam terdiam. Even cengkerik yang sibuk berduet dengan cengkerik lain sambil mendendangkan lagu hits 80-an dulu pun terdiam. Dah laa dia bagi ayat tu masa last-last.

"Herm .. Nak tepuk ke tak nak ? Kalau aku tepuk maksudnya aku paham. And kalau aku paham maksudnya aku tak normal."

Tapi aku tepuk jugak. Sebab orang lain pun tepuk. Konklusinya, semua pengawas kat sekolah aku tak normal. Ketua pengawas yang tak mantap bergaya tu pun senyum bangga je. Sambil senyum tu aku rasa dia pun tengah fikir apa yang dia mencarut tadi.

Okay. Aku dah tak ada idea.

Haha.

Jadi aku tinggalkan korang dengan facts tentang dunia ni.


#White cats with blue eyes are often deaf.

#A domestic cat sleeps for upto 14 hours a day.

#This blog owner's cat sleep for upto 23 3/4 hours a day.

#Cats can make over 100 vocal sounds, while dogs can only make 10.

#Cats can be really annoying. Seriously !

#A cat uses whiskers to determine if a space is too small to squeeze through. The whiskers act as antennae, helping the animal to judge the precise width of any passage.

#This blog owner is quite handsome.

#Just like fingerprints, every cats nose pad is different.

#Cats are smarter than dogs. You can't see eight cats to pull a sled through snow.

#Cats know that energy can neither be created nor destroyed and therefore, use as little energy as possible.

#All of the above facts are true.





Okay. Aku chihuahua dulu.