Thursday, February 24, 2011

HAHA.

"Yes ! Mendung."

Ada beberapa budak lain pandang pelik kat aku. Mungkin sebab tak pasal-pasal aku jerit mendung. Atau mungkin sebab dia orang tak tau yang aku agak sarcastic sebab panas gila. Aku pun berlari-lari keluar dari pagar sekolah sambil mengelak semua basikal dan kereta sebab aku nak pergi beli air secepat mungkin kat gerai depan Tabika Abim tu.

Sampai je kat gerai tu, aku terus menjerit-jerit nak air Coca-Cola. Mak cik tu nampak agak bengang sebab mak cik tu memang sentiasa nampak bengang. Selepas aku dapat dan bayar untuk air tu, aku isi bahan istimewa dalam air tu.

Haha.

Bahan yang istimewa tu tak lain tak bukan adalah susu sejat penuh berkrim yang halal di sisi agama. Aku pun tak tau siapa yang start letak benda tu dalam air Coca-Cola tapi memang sedap. Setiap hari save 50 sen semata-mata nak beli air tu. Ada laa jugak try letak susu sejat tu kat air lain tapi kurang best.

Lepas dah beli air tu, aku pergi ke tangga belakang Tadika Abim. Kat situ port geng-geng aku melepak. Habis semua isu kita orang kupas kat situ. Dari harga minyak hinggalah pasal budak kena smack down dgn cikgu. Semua orang luahkan perasaan kat situ. Ada jugak yang buat cerita karut pasal dulu sekolah SKBS ni hospital orang Jepun. Kuantan pernah kena jajah dengan Jepun ke?

Kadang-kadang aku lepak dengan sorang je kawan aku. Sambil baring bawah pokok pastu cakap pasal nak bina robot atau berdebat kenapa praying mantis dipanggil praying mantis.

Haha.

Dah habis lepak kat situ, aku berhijrah pulak ke rumah sorang lagi kawan aku. Kat situ kita menguji kecekapan psychomotor kita orang dengan main PS One. Selalunya aku tak main sebab aku tak suka tengok orang lelaki pakai spender peluk orang lelaki pakai spender. Tak ada manfaat langsung.

Dah petang baru tahu nak balik. Habis selesaikan semua benda kat rumah. Mandi. Kerja sekolah. Pakai baju. Pastu keluar pergi padang.

Aku berjalan ke padang dengan berhati-hati sebab kawasan perumahan ni memang agak terkenal dengan anjing yang memang anjing. Batu kat tangan tu memang wajib ada. Sampai aku siap buat collection lagi kat rumah.

Dah sampai kat padang, aku pun main laa bola. Takkan pergi padang nak buat kerja sekolah kan? Kat rumah pun tak buat, ni mengada-ngada nak buat kat padang. Kat sana, habis semua skill aku tunjuk. Daripada skill sepak bola tak kena hinggalah main bola keranjang. Aku ni sampai digelar 'Pennant' oleh budak-budak yang main bola. Aku tahu kenapa tapi aku tak nak cerita. Kat padang tu jugak ada banyak kenangan yang manis dan masam. (masam ea?)

That's all for now. Aku tulis cerita ni pun sebab tadi terdengar lagu Westlife. Tiba-tiba teringat pasal Kuantan. And aku dengar Westlife bukan sebab aku gay ye !

Wokeyp. Chihuahua dulu.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tahniah!first time blog kau ada at the top of senarai blog yang aku baca.rasa macam menang loteri tak?

    ReplyDelete
  3. Haha. Ni yang bersemangat nak update blog ni.

    ReplyDelete
  4. bagus2!update lah banyak2 lagi ye..ni tak!sebulan skali je.

    ReplyDelete