Friday, December 31, 2010

Mat Rempit Itu Mungkin Gay. Part 2.

Tiba-tiba.

Motor tu U-Turn balik. Sah. Mat rempit ni memang boleh read mind. Aku sambil rasa gabra, ada laa jugak rasa bangga sebab aku ingatkan dalam cerita Heroes je ada mamat yang boleh baca minda ni. Tapi aku ada jugak laa rasa kecewa sebab aku nak jumpa mamat Jepun yang boleh stop masa tu. Tapi dapat jumpa dengan orang yang can read mind pun boleh laa. Aku pun cepat-cepat pikir yang mat rempit ni baik sebab dia kan boleh baca minda. Bijak tak aku ?

Sambil aku pikir yang dia baik tu, tiba-tiba dia berhentikan motor dia kat sebelah aku. Dia pun tanya aku.

"Eh. Adik nak pergi mana ni ?"

Adik ? Petanda tak elok ni.

"Nak pergi kedai jap. Nak beli senapang something. Kenapa tanya ?"

"Owh. Abang nak mintak tolong boleh tak. Abang kena cari tiga orang untuk diurut malam ni. Adik nak kena urut tak ?"

Aku kalau ada camera memang aku dah tangkap muka aku terkejut. Mungkin siap camwhore dengan mat rempit ni lagi kot. Tapi aku takde camera.

"Erm. Takpe laa. Terima kasih ea."

"Boleh laa dik. Abang urut kat sini. Boleh ?"

"Tak yah laa. Macam pelik pulak."

"Jangan cakap macam tu dik. Abang siap bagi adik RM 20 lagi. Nak ?"

Shit ko ! Walaupun aku short on money, takde laa aku terdesak sangat nak duit. Kucing aku ada laa.

"Takpe laa. Cari orang lain laa. Saya kena pergi ni. Lapar gila."

Bapak tak bestnya alasan.

"Okay. Takpe laa dik ea. Abang pergi dulu."

"Erm ? Okay."

Aku dengan penuh kepelikan berfikir seribu macam perkara.

Apsal aku masih berdiri kat sini ?

Apsal dengan mat rempit tu ?

Dia gay kah ?

Ke dia bisexual ?

Wait. Aku kisah pasal dia buat apa ? Makan lagi best. Lalu aku teruskan perjalanan aku. Kalau kucing aku berhadapan dengan situasi tadi mesti dia dah setuju. Dia tu memang mata duitan. Tak percaya tengok Facebook dia.









*kisah ni memang betul. Kalau mat rempit tu ada baca blog ni. Kucing saya sedang menunggu anda.

Mat Rempit Itu Mungkin Gay. Part 1.

So here goes.


Malam ni aku rasa lapar sangat.

Kucing di sebelah aku pun sama angguk setuju.

Kami berdua lapar dan kucing aku gila.

Jadi aku pun mengambil keputusan untuk merantau ke restoran berdekatan untuk refill energy. Tujuan utama aku nak refill energy adalah supaya aku larat nak type message untuk dihantar ke Hayley Williams. Untuk menghantar message ke Hayley Williams ni bukan mudah. Ya ! Ada ritual-ritual tertentu yang patut dilakukan tapi takkan aku nak beritahu korang kot. Nanti korang pandai-pandai pulak nak message dia.

Sebelum aku pergi, aku bukak dulu dompet aku. Aku tersenyum sebab aku ternampak I/C aku. Ya. Aku memang comel waktu kecil. Senyuman aku berubah menjadi tak senyum. aku pun xtau maksud tak senyum tu ape.

"Herm. Duit 50 sen palsu je yang tinggal. Tak boleh jadi ni."

Aku pun dengan senyapnya mengalahkan Sam Fisher dalam game Splinter Cell menuju ke tabung kucing aku. Tabung itu berlabel 'Beratus Ringgit'. Aku angkat tabung kucing aku.

"Wow. Berat gila. Banyak jugak duit kucing aku ni. Tak sangka aku tuan kepada kucing berstatus ratuswan"

Aku yang merupakan naib juara angkat tabung peringkat sekolah pun tak larat nak angkat tabung kucing aku.

Aku pun dengan slow dan mantap bergayanya bukak tabung kucing aku. Hati aku amat laa sangat kecewa apabila dalam tabung tu cuma ada duit syiling 50 sen yang semuanya palsu. Aku pun tak tahu apa gunanya dia simpan duit 50 sen palsu ni. Takkan laa dia beli iPhone 4 guna duit 50 sen palsu kot.

Dalam tabung tu juga ada ada kad ATM dan sampul surat yang dilabelkan dengan perkataan kecemasan. Aku sekarang ni is in state of emergency so aku pun bukak laa sampul surat tu. Dalam sampul surat tu ada duit RM 50 beserta dengan surat. Aku masuk kan duit RM 50 tu dan buang surat tu sebab surat tu bertajukkan 'Wang Pencen'.

Aku pun senyap-senyap keluar ikut pintu belakang sebab kucing aku tengah sibuk membaca novel Ahadiat Akasyah iaitu Lagenda Budak Kucing Setan kat ruang tamu. Dah 2-3 kali dia baca buku tu. Dia paham ke tidak aku tak tahu laa.

Masa aku tengah menuju ke restoran tersebut, aku rasa macam diperhatikan. Ada jugak laa rasa nak buat cat walk tetapi apa kejadahnya nak buat cat walk kat tepi jalan. Aku pun jalan laa dengan macho nya. Tetiba aku terdengar bunyi deruman.

"Herm. Bunyi perut aku ke. Aik ? Selalunya macam lagu Afterlife."

Sangkaan aku salah. Rupa-rupanya deruman itu adalah deruman motor. Aku pun buat tak layan laa kat motor tu. Takkan laa aku nak pergi angkat seluar aku untuk tunjuk betis kot.

Masa aku tengah jalan tu, bunyi deruman tu makin kuat and aku yakin itu bukan bunyi perut aku. Aku pun pandang laa belakang. Motor tu memang menuju ke arah aku. Aku pun mengelak laa. Nasib baik tak kena langgar. Aku rasa bengang jugak laa. Aku bengang bukan sebab dia tak dapat langgar aku. Aku bengang sebab apa hal dia bawak camtu. Ingat badan aku crash test dummy ke nak langgar.

Masa aku nak sambung balik perjalanan. Tiba-tiba motor tu U-Turn. Aku pun ada laa sikit perasaan gabra. Takkan laa mat rempit ni boleh read mind kot. Tau-tau je yang aku bengang kat dia. Aku mengeluarkan nafas lega sebab mat rempit tu lalu je tanpa berhenti.

Tiba-tiba.







*Entry kali ni terlalu panjang. Jadi aku potong kepada dua part. So two more posts.

Noh Hujan.

Masa aku tengah sedap main game Football Manager. Tiba-tiba bergetar satu meja. Aku pun cepat-cepat sorok bawah meja. Mana laa tau earthquake ke apa. Rupa-rupanya message masuk.

"Herm, kacau betul."

Pastu aku tengok dekat screen telephone aku. Rupa-rupanya Hayley Williams yang hantar. Korang mesti terkejut kan macam mana Hayley Williams boleh message aku. Tapi tu rahsia kita berdua laa.

Aku pun cepat-cepat bukak message tu. Aku bukak dengan penuh sopan and tertera kat situ supaya aku google Noh Hujan. Siap ada perkataan 'Haha" lagi.

Aku bukan main risau lagi. Mana laa tau Hayley Williams dah main cintan dengan Noh Hujan. Aku pun apa lagi. Terus berlari-lari anak ke pc yang sedang digunakan oleh adek aku.

Aku pandang dia.

Dia pandang aku.

Aku pun gunakan pancaran 'If you don't get out from that chair, you'll never get out from that chair'.

Peluh mula menitik kat dahi dia. Dia pun cepat-cepat log out from Facebook dia. And yup. Budak kecik pun ada Facebook. Entah-entah dia pun ada blog. Tak boleh jadi ni.

Aku pon terus bukak Mozilla Firefox. Pastu aku cepat-cepat guna pak cik Google and search for Noh Hujan. Antara results yang pak cik Google paparkan adalah Facebook Noh Hujan. Aku pun cepat-cepat bukak and tengok status relationship dia.

Relationship      Single
Status:

"Yahoo !"

Mesti marah pak cik Google aku jerit Yahoo. Tapi aku peduli apa. Kalau aku jerit Bing lagi pelik. Pastu aku pun hantar mesej kat Hayley Williams.

"?!"

Pastu dia pon balas.

"Look at his new hairstyle."

Haa ! Korang terkejut apa. Mesti laa dia reply dengan bahasa Inggeris. Tak kan bahasa Tagalog pulak kot. Aku pun terus gunakan pak cik Google untuk cari gambar terbaru Noh Hujan. Bila aku jumpa. Aku bukan main ketawa lagi. Haha. Bukan sebab rambut Noh Hujan kelakar tetapi tak sangka pulak rambut dia macam tu.

Kucing aku yang ada berdekatan dengan aku pun turut bergolek ketawa. Habis satu rumah dia bergolek. And kesan daripada dia bergolek tu menyebabkan rumah aku nampak bersih. Tak payah dah laa aku sapu rumah. Lepas dia habis bergolek tu dia keluarkan iPhone 4 dia dan tangkap gambar Noh Hujan tu. Sambil tangkap gambar tu, dia tunjuk muka riak. Yes ! Aku dengki dengan kucing aku.

Apabila dia sedih sebab aku tak beri dia makan, dia mesti keluarkan iPhone 4 dia dan tengok gambar Noh Hujan. Mesti dia tak rasa sedih dah. Kadang-kadang kalau aku rasa malas nak menyapu rumah, aku akan keluarkan gambar Noh Hujan and dia akan ketawa bergolek-golek satu rumah. Majlis Pembandaran pun ada offer kerja kat dia tapi dia tolak. Jaga kulit katanya.

Aku rasa Noh Hujan tukar hairstyle dia sebab dia tak nak orang samakan dia dengan Dr. Rozmey kot. Cuba tengok. Ada persamaan tak ?




Herm. Ada laa sikit kot.










*rambut baru ko smart Noh. Serious !

Thursday, December 30, 2010

Kenyang.

"Dah kenyang ?"

"Dah !"

"Okay. Mari kita mulakan sesi soal jawab kita."

"Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Jom minum."

"Tak payah nak mengada. Okay. Soalan pertama. Apa yang memotivasikan anda, penulis blog yang amat laa tak terkenal tapi mantap bergaya untuk membuat blog ni ?"

"Sebab Avril Lavigne suruh."

"Owh. Apakah hubungan anda dengan Avril Lavigne ?"

"Herm. Saya rasa jawapan paling tepat adalah stalker tetapi mesra."

"Macam mana cara Avril Lavigne memotivasikan anda untuk membuat blog ni ?"

"Masa saya tengah stalk dia, tiba-tiba dia perasan. Pastu dia jerit. 'Woi. Takde life ke. Buat laa blog ke apa.' Jadi sekarang ni saya dah ada life."

"Owh. Sekarang ni Avril dah tak kisah laa kena stalk dengan awak ?"

"Entah laa. Dah lama tak stalk dia."

"Kenapa pulak ?"

"Sebab sekarang ni saya dah ada life. Owh. Satu lagi sebab saya tengah stalk Hayley Williams."

"Owh. Kenapa pilih nama 'naked people can't enter' ?"

"Sebab saya tak nak bagi kucing saya masuk blog ni."

"Herm ?! Okay."

"Bila sesi bergambar nak bermula ni ?"

"Owh. Terlupa nak beritahu. Sebenarnya sambil kita bersoal jawab, ada kamera tengah ambil gambar secara candid."

"Shit ! Saya tak pakai make-up lagi."

"Jangan risau. Takde orang baca pun majalah ni."

"Nasib baik."

"Okay. Nanti kita buat part 2 pulak."

"Baik. Saya tunggu sambil posing kat sini."

"Cameraman dah bla sebenarnya."

"Chet."




 


*yup. aku mengarut.

Wednesday, December 29, 2010

Mari Kita Baca.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersama lagi kita dalam edisi khas majalah Surat Khabar. Edisi kali ini merupakan antara edisi yang teristimewa kerana kali ini ada temu bual dengan penulis blog yang amat laa tak terkenal tetapi mantap bergaya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Tak nak ambik gambar ke. Tengah posing maut ni."

"Sesi bergambar kemudian. Kita mulakan sesi wawancara kita ini dengan komen anda mengenai final antara Malaysia dan Indonesia."

"Pada pendapat saya iaitu penulis blog yang amat laa tak terkenal tapi mantap bergaya, Malaysia akan menang dengan agregat 4-2."

"Anda yakin ?"

"Ya. Saya putar Halim."

"Herm ?! Okay, kita pergi ke soalan seterusnya. Soalan ini memerlukan jawapan yang tepat dan padat dan mesti laa selaras dengan buku teks Geografi Tingkatan Tiga. Anda dah makan ?"

"Bagus soalan anda. Jawapan dia C."

"Lawak betul jawapan anda. Sampai terlupa nak ketawa."

"Okay. Tak nak ketawa sudah. Jawapan bagi soalan tadi ialah belum."

"Pasti ?"

"Pasti !"

"Anda pasti anda pasti ?"

"Ya. Saya pasti yang saya pasti."

"Kejap ya. Saya nak check buku teks Geografi ni kejap. Okay. Dengan bangga dan bahagianya saya mengatakan bahawa jawapan anda tepat. Pasti cikgu Sejarah anda bangga dan anda telah memenangi RM 10 lalu anda telah menjadi seorang puluhwan."

"Giliran aku pulak. Herm ?!"

"Apa kata kita pergi makan dulu."

"Usul anda diterima. Jom !"








*haha. aku nak cakap yang aku belum makan je.

Tuesday, December 28, 2010

Arsengal.

Aku sayang kau ArSengal.

Sayang sangat.

Aku sayang ArSengal ni sebab dia berjaya kalahkan ChelShit and sekaligus membuatkan Ziera kalah bet. 

Haha.  

Aku mulanya rasa ArSengal akan kalah sebab kalau aku main dalam Football Manager pun ArSengal aku kalah and aku terpaksa load game dan main balik perlawanan tu until team aku iaitu ArSengal menang.

Anyway, Alhamdulillah ArSengal menang. Kalau tak aku terpaksa ulangi kejadian kena tulis kat wall someone, something.

So, this is my first post and after aku baca balik. Aku kena improve cara aku hidupkan perkataanlah. Baru mantap kau memang da bomb.

Until next post. Chihuahua dulu.