Friday, December 31, 2010

Mat Rempit Itu Mungkin Gay. Part 1.

So here goes.


Malam ni aku rasa lapar sangat.

Kucing di sebelah aku pun sama angguk setuju.

Kami berdua lapar dan kucing aku gila.

Jadi aku pun mengambil keputusan untuk merantau ke restoran berdekatan untuk refill energy. Tujuan utama aku nak refill energy adalah supaya aku larat nak type message untuk dihantar ke Hayley Williams. Untuk menghantar message ke Hayley Williams ni bukan mudah. Ya ! Ada ritual-ritual tertentu yang patut dilakukan tapi takkan aku nak beritahu korang kot. Nanti korang pandai-pandai pulak nak message dia.

Sebelum aku pergi, aku bukak dulu dompet aku. Aku tersenyum sebab aku ternampak I/C aku. Ya. Aku memang comel waktu kecil. Senyuman aku berubah menjadi tak senyum. aku pun xtau maksud tak senyum tu ape.

"Herm. Duit 50 sen palsu je yang tinggal. Tak boleh jadi ni."

Aku pun dengan senyapnya mengalahkan Sam Fisher dalam game Splinter Cell menuju ke tabung kucing aku. Tabung itu berlabel 'Beratus Ringgit'. Aku angkat tabung kucing aku.

"Wow. Berat gila. Banyak jugak duit kucing aku ni. Tak sangka aku tuan kepada kucing berstatus ratuswan"

Aku yang merupakan naib juara angkat tabung peringkat sekolah pun tak larat nak angkat tabung kucing aku.

Aku pun dengan slow dan mantap bergayanya bukak tabung kucing aku. Hati aku amat laa sangat kecewa apabila dalam tabung tu cuma ada duit syiling 50 sen yang semuanya palsu. Aku pun tak tahu apa gunanya dia simpan duit 50 sen palsu ni. Takkan laa dia beli iPhone 4 guna duit 50 sen palsu kot.

Dalam tabung tu juga ada ada kad ATM dan sampul surat yang dilabelkan dengan perkataan kecemasan. Aku sekarang ni is in state of emergency so aku pun bukak laa sampul surat tu. Dalam sampul surat tu ada duit RM 50 beserta dengan surat. Aku masuk kan duit RM 50 tu dan buang surat tu sebab surat tu bertajukkan 'Wang Pencen'.

Aku pun senyap-senyap keluar ikut pintu belakang sebab kucing aku tengah sibuk membaca novel Ahadiat Akasyah iaitu Lagenda Budak Kucing Setan kat ruang tamu. Dah 2-3 kali dia baca buku tu. Dia paham ke tidak aku tak tahu laa.

Masa aku tengah menuju ke restoran tersebut, aku rasa macam diperhatikan. Ada jugak laa rasa nak buat cat walk tetapi apa kejadahnya nak buat cat walk kat tepi jalan. Aku pun jalan laa dengan macho nya. Tetiba aku terdengar bunyi deruman.

"Herm. Bunyi perut aku ke. Aik ? Selalunya macam lagu Afterlife."

Sangkaan aku salah. Rupa-rupanya deruman itu adalah deruman motor. Aku pun buat tak layan laa kat motor tu. Takkan laa aku nak pergi angkat seluar aku untuk tunjuk betis kot.

Masa aku tengah jalan tu, bunyi deruman tu makin kuat and aku yakin itu bukan bunyi perut aku. Aku pun pandang laa belakang. Motor tu memang menuju ke arah aku. Aku pun mengelak laa. Nasib baik tak kena langgar. Aku rasa bengang jugak laa. Aku bengang bukan sebab dia tak dapat langgar aku. Aku bengang sebab apa hal dia bawak camtu. Ingat badan aku crash test dummy ke nak langgar.

Masa aku nak sambung balik perjalanan. Tiba-tiba motor tu U-Turn. Aku pun ada laa sikit perasaan gabra. Takkan laa mat rempit ni boleh read mind kot. Tau-tau je yang aku bengang kat dia. Aku mengeluarkan nafas lega sebab mat rempit tu lalu je tanpa berhenti.

Tiba-tiba.







*Entry kali ni terlalu panjang. Jadi aku potong kepada dua part. So two more posts.

No comments:

Post a Comment