Saturday, May 14, 2011

Bosang.

Yup. Macam tu lah orang Terengganu cakap bosan. Bosang. Aku bosang.

Aku bosang makang ikang dengang spoong.

Apparently, kawan-kawan aku tak puas hati aku cakap luar. Aku bukan tak nak cakap Terengganu tapi aku tak pandai dan kalau aku cakap Terengganu memang kompem diorang lagi tak puas hati. Memusnahkan bahasa je. Oleh sebab tu, tahun ni aku pendiam.

Haha. Tidak. Korang bukan tengah kena tipu. Memang aku pendiam. Sikit.

Oleh kerana aku bosan, aku main-main dengan kucing aku. Dia ajak aku main masak-masak tapi aku tau tu untuk kepentingan dia je. Dah lah suruh aku masak steak. So, kitorang lawan Dota tapi aku kalah. Aku pasal Dota ni memang agak noob bak kata fanatic Dota yang lain. Mana taknya, baru 2 saat dah mati.

Kucing aku ni pulak boleh diklasifikasikan sebagai hardcore Dota. Dia pernah menang pertandingan berlari dalam guni peringkat tadika walaupun aku tahu tak ada kena mengena and yes. Dia pernah masuk tadika, tapi kena buang atas sebab tidak boleh dicakap kat sini. Mungkin boleh masuk ISA. Oleh sebab tu, aku kalah tipis. Dalam 3 saat.

Muka kucing aku riak ya amat. Ada laa jugak nak bagi penampar sikit je. Tapi oleh kerana mengamalkan sifat sportsmanship dan tak nak dilabel sebagai sore loser, aku bagi dia penumbuk je. Tu pun sebab dia tumbuk aku dulu.

Oleh kerana tak puas hati dengan kekalahan aku tu, aku ajak dia main takraw.

Ya.

Kucing memang dicipta bukan untuk main takraw. Muka aku pulak riak ya amat. Bapak peliknya tengok kucing aku main takraw. Lagi pelik dari tu, tengok manusia dengan kucing main takraw. Siap ada penyokong lagi yang terdiri daripada peminat blog ni. Terima kasih kakakku, Amira ! Tahu tengah baca.

Haha.

Oleh kerana dah ketandusan idea, kitorang pun main mati-mati. Bukan main mati-mati tapi main mati-mati. Kucing aku hebat gila main mati-mati. Tadi aku tembak dia dengan Baretta 92 buatan Italy. Semi-automatic sebab kalau fully-automatic aku mungkin akan kena tangkap dengan polis.

Sampai sekarang masih pura-pura mati lagi.

Patutkah aku risau?

Tak patut. Tak patut.

Okey.

Aku dah bosan menaip dan berfikir. Chihuahua dulu.

3 comments:

  1. merepek tahap cipan hang ni.haha

    ReplyDelete
  2. ko bile jek hidop untuk x mengarot

    ReplyDelete
  3. Haha. Time kaseh followers aku yg setia.

    ReplyDelete