Wednesday, December 29, 2010

Mari Kita Baca.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersama lagi kita dalam edisi khas majalah Surat Khabar. Edisi kali ini merupakan antara edisi yang teristimewa kerana kali ini ada temu bual dengan penulis blog yang amat laa tak terkenal tetapi mantap bergaya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Tak nak ambik gambar ke. Tengah posing maut ni."

"Sesi bergambar kemudian. Kita mulakan sesi wawancara kita ini dengan komen anda mengenai final antara Malaysia dan Indonesia."

"Pada pendapat saya iaitu penulis blog yang amat laa tak terkenal tapi mantap bergaya, Malaysia akan menang dengan agregat 4-2."

"Anda yakin ?"

"Ya. Saya putar Halim."

"Herm ?! Okay, kita pergi ke soalan seterusnya. Soalan ini memerlukan jawapan yang tepat dan padat dan mesti laa selaras dengan buku teks Geografi Tingkatan Tiga. Anda dah makan ?"

"Bagus soalan anda. Jawapan dia C."

"Lawak betul jawapan anda. Sampai terlupa nak ketawa."

"Okay. Tak nak ketawa sudah. Jawapan bagi soalan tadi ialah belum."

"Pasti ?"

"Pasti !"

"Anda pasti anda pasti ?"

"Ya. Saya pasti yang saya pasti."

"Kejap ya. Saya nak check buku teks Geografi ni kejap. Okay. Dengan bangga dan bahagianya saya mengatakan bahawa jawapan anda tepat. Pasti cikgu Sejarah anda bangga dan anda telah memenangi RM 10 lalu anda telah menjadi seorang puluhwan."

"Giliran aku pulak. Herm ?!"

"Apa kata kita pergi makan dulu."

"Usul anda diterima. Jom !"








*haha. aku nak cakap yang aku belum makan je.

3 comments:

  1. penulis blog terkenal ?haha,mantap ?!

    ReplyDelete
  2. haha. penulis blog yang amat laa tak terkenal tetapi mantap bergaya laa.

    ReplyDelete